Thursday, June 24, 2010

pe cer >>> nak ambil anak angkat???

tajuk je dah kontroversi...
hehe...

anak angkat... pada fahaman aku... definasi anak angkat ni ialah anak orang lain yang kita jaga (dgn penuh kasih sayang dan tanggungjawab mcm anak sendiri)... ya itulah anak angkat...

tajuk post... nak ambil anak angkat???... siapa???... emmmm aku la...

ya aku... haha... ntah la ek... sejak akhir2 ni... sgt berkobar-kobar untuk mengambil anak angkat... sangat bersemangat utk menjadi seorang ayah walaupun belom berkahwin (*mungkin x kawen kot...)

aku pernah gak suarakan hal ni kt family aku... tp biasa la... diorang mcm x caya je... dan dr cara ckp diorang aku tau diorg x setuju... diorg ckp... bkn mudah... tanggungjawab... masa depan... dll...

ya... aku tahu benda2 tu... dan sekarang aku sdg mempersiapkan diri untuk memikul segalanya andai hasrat aku untuk memiliki anak angkat diizinkan Allah...

aku suka budak2... kalu x, xkan leh jd cikgu kan... hehe... kalau x caya gak boleh tanya anak2 sedara aku... mimi, mia, hana, alya, haziq, iman & imran... tanya la... pak tam diorg ni baik ke x... haha...

setakat buat susu, tidurkan, pakai pampers (*walaupun kadang2 senget.. haha), suap makan, mandi kan dan perkara2 asas lain... aku rasa aku mampu untuk lakukannya...

tp kan... mcm susah je nak amek anak angkat... sbb aku ada baca dlm artikel dr JKM... hanya yg dh berkahwin tp x de anak je yg boleh amek anak angkat... kat bawah ni prosedure nak ambil anak angkat...

"Prosedur mengambil anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.

*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.
(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.
(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Siapa yang layak mengambil anak angkat?

*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.

Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?

*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Peringatan:

Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali."

emmmmmm how??? tp aku ada gak dgr kalu x kawen tp berpendapatan yang kukuh... boleh gak ambil anak angkat...

aku habis belajar thn depan... around 27 klu x kawen gak... aku amek anak angkat sorang... InsyaAllah... itu azam aku...=p

*alololo comelnya...
*kalau ada anak nnt... x kira la anak betul ke, angkat je... lelaki ke perempuan ke... mesti ada nama yusra... emmm kalau lelaki muhamad wildan yusra... kalau perempuan emmmm x fikir lg nama... haha

1 comment:

^^MizBeLL^^ said...

waahh..good luck~

muhamad wildan yusra-maksudnya.? & kenapakah.?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails