Friday, June 25, 2010

pe cer >>> beli kereta Bak???

ya... mungkin ramai yang tak tahu... aku sekarang tengah amek lesen keta... L dpt dah... so sekarang tgh belajar la... 8 jam amali... baru buat 2 jam.. hehe... Mr Wai jurulatih aku tu sibuk sangat... pe pon... alhamdulillah... aku dah boleh bawa kereta... tak la seteruk dulu... (*tp parking & bukit aku rasa kantoi...) hehe

tutup cerita amik lesen... huhu... sebenar nya... cerita bermula bila aku call rumah Kg Melayu utk bercakap dgn bak petang td...

tut..
tut tut...
tut tut tut...

Naurah: hello...

aku: Nau... bak ada???

Naurah: ada... kat belakang (*aku agak dah)...

aku: emmm xpe la...

Naurah: eh jap jap... ni bak baru masuk...

..................................

Bak: Assalamualaikum

aku: W'slm... bak... sihat???

Bak: Alhamdulillah... ada apa cerita???

aku: xde benda... saja je... Am dh belajar keta... dh bw kt highway... hehe (*teringat masa dia ajar aku bw keta dulu... mcm naik kuda... tersengguk-sengguk...=p)

Bak: abis dh boleh bawa???

aku: boleh... enjin x mati la... hehe

Bak: abis nak terus beli kereta la???

aku: (*terkejut beruknya...) haaaaa???? kereta??? tak la... duit pon xde... mn la nak beli kereta... kerja dulu kot...

Bak: abis nnt dh keja nak pegi sek dgn apa???

aku: (*"bak hantar la"... hehe... tp tu dlm hati je...=P)... ntah la...

Bak: beli la kereta bak... nak???

aku: haaaaaa?????... kereta bak yg mn??? (*terkujat lagi)

Bak: mana2 la... kan ada 2 ni...

aku: kereta proton saga tu???

Bak: ha'ah... nak???? (*mcm serius je... tp memang serius...)

aku: emmm boleh jugak... nnt la kita bincang... hehe

Bak: ok... bla bla bla bla

aku: bla bla bla

(*perbualan yg seterusnya agak sulit ya... huhu)

Bak: emmmm ok la... bak nak anta mak gi kelas...

aku: ok... kem salam mak... Assalamualaikum

Bak: W'slm...

hah!!!!... bak nak jual keta dia kt aku... walaupun proton saga je... tp ok pe... haha...

tp kan Bak... Am lagi berkenan keta yang Bak bg Pak Mat tu... huuuuuuuuuu

Thursday, June 24, 2010

pe cer >>> nak ambil anak angkat???

tajuk je dah kontroversi...
hehe...

anak angkat... pada fahaman aku... definasi anak angkat ni ialah anak orang lain yang kita jaga (dgn penuh kasih sayang dan tanggungjawab mcm anak sendiri)... ya itulah anak angkat...

tajuk post... nak ambil anak angkat???... siapa???... emmmm aku la...

ya aku... haha... ntah la ek... sejak akhir2 ni... sgt berkobar-kobar untuk mengambil anak angkat... sangat bersemangat utk menjadi seorang ayah walaupun belom berkahwin (*mungkin x kawen kot...)

aku pernah gak suarakan hal ni kt family aku... tp biasa la... diorang mcm x caya je... dan dr cara ckp diorang aku tau diorg x setuju... diorg ckp... bkn mudah... tanggungjawab... masa depan... dll...

ya... aku tahu benda2 tu... dan sekarang aku sdg mempersiapkan diri untuk memikul segalanya andai hasrat aku untuk memiliki anak angkat diizinkan Allah...

aku suka budak2... kalu x, xkan leh jd cikgu kan... hehe... kalau x caya gak boleh tanya anak2 sedara aku... mimi, mia, hana, alya, haziq, iman & imran... tanya la... pak tam diorg ni baik ke x... haha...

setakat buat susu, tidurkan, pakai pampers (*walaupun kadang2 senget.. haha), suap makan, mandi kan dan perkara2 asas lain... aku rasa aku mampu untuk lakukannya...

tp kan... mcm susah je nak amek anak angkat... sbb aku ada baca dlm artikel dr JKM... hanya yg dh berkahwin tp x de anak je yg boleh amek anak angkat... kat bawah ni prosedure nak ambil anak angkat...

"Prosedur mengambil anak angkat mengikut undang-undang di Malaysia Menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
*Pemohon boleh memohon sama ada melalui surat, faks, telefon, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.

*Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:

(1) Surat sokongan / pengesahan daripada pegawai perubatan.
(2) Salinan sijil nikah / sijil pendaftaran perkahwinan.
(3) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).
(4) Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Siapa yang layak mengambil anak angkat?

*Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (ibu tunggal) yang menetap / tinggal di Malaysia.

Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?

*Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).

*Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Peringatan:

Mengambil anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas pengambilan dan sekiranya gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan denda maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali."

emmmmmm how??? tp aku ada gak dgr kalu x kawen tp berpendapatan yang kukuh... boleh gak ambil anak angkat...

aku habis belajar thn depan... around 27 klu x kawen gak... aku amek anak angkat sorang... InsyaAllah... itu azam aku...=p

*alololo comelnya...
*kalau ada anak nnt... x kira la anak betul ke, angkat je... lelaki ke perempuan ke... mesti ada nama yusra... emmm kalau lelaki muhamad wildan yusra... kalau perempuan emmmm x fikir lg nama... haha

Tuesday, June 22, 2010

pe cer >>> Waktu terbaik minum air dan kebaikannya…

Aku ada terbaca dalam 1 artikel… tentang waktu yang baik untuk minum air…
(*waaaaah… bukan sepanjang waktu ke???)...
Hahaha

Aku pon x tahu betul ke x la fakta ni… tp kt blog ni pon ada nyatakan cerita yg sama yang sama…

Two (02) glasses of water - After waking up - Helps activate internal organs

One (01) glass of water - 30 minutes before meal - Help digestion

One (01) glass of water - Before taking a bath - Helps lower blood pressure

One (01) glass of water - Before sleep - To avoid stroke

Haaaaa…
Amacam… nak cuba ke??? Tp x salah kalau kita cuba & amalkan sbb bkn bercanggah dgn agama kita… yang penting:

-sebelum minum baca bismillah

-lepas minum ucap Alhamdulillah

-kena selalu igt segala yang baik & buruk adalah atas kuasa dan kehendak Allah… kalau ikut petua di atas… tp Allah nk bg penyakit… dapat jugak kan… so kita sebagai manusia kena usaha, doa & tawakkal… dan berdoalah yang terbaik utk kita
(*wah… santapan rohani ye… haha)

Tp yang paling penting ialah...





















Masak la dulu air tu der… haha kalau minum ikut petua tp airnya x masak… haih… no komen la…

selamat mencuba
=p

*dah lama x masak air... water cooler je tiap2 hari... haha

pe cer >>> Rebonding... haha=p

ha ha ha... salam sejahtera... he he he
ya ya ya...
rebonding...
aku pernah gak rebonding
tp sesungguhnya tiada yang kekal melainkan Allah... (*insaf kejap...)

kalau aku rebonding....
rambut aku yang macam gini:(*sila abaikan muka saya yg baru bangun tido ye... hahaha)

akan jadi begini:(*wah.. bergambar di dalam kelas... sangat cikgu... haha)


tapi...
dapatkah korang bayangkan kalau makhluk di bawah ini rebonding....
siapa???
hahah

cuba bayangkan...
bayangkan...
bayangkan...
bayangkan...
bayangkan...































haha...
sudah????
ni lah hasilnya...

haha
sexy giler singa ni...
amacam??? cantek kan???
hahaha



*sape lah yang hati kering mengrebonding singa ni... mesti dah arwah sebab lepas rebonding je terus kena baham... hahah... rebonding kan lama... mesti singa tu lapar... buuuuuuuurrrp... Alhamdulillah...
=p

pe cer >>> Najua's Day...=)


ya... baru je lepas birthday adik aku, Naurah... sekarang tiba birthday akak aku lak...
=p

Happy Birthday to Hoirulnajua Hussein... usia??? emmm muda lagi... haha...

semoga Kak Jua panjang umur... Murah rezeki... sentiasa berada dalam keredhaan allah... tabah menghadapi segala ujianNya... berbahagia di dunia & akhirat... InsyaAllah...
=)
=)
=)
=)
=)




*hadiah??? haha... tunggu i kerja ok... i belikan pembalut hadiah... hahaha=P

Monday, June 21, 2010

pe cer >>> pakej hebat... berdoa untuk ibu bapa ... terbuka pintu rezeki... insyaAllah

Assalamualaikum... Salam 1 Malaysia...=)

ya... semasa aku mencari doa untuk ibu bapa bagi diuploadkan dalam Cer Am... aku terjumpa la artikel ni... tajuknya Doa Untuk Ibu Bapa Sebagai Pembuka Pintu Rezeki... (*nak banyak lagi info dan membaca lain-lain artikel... bolelah ke web tersebut)

menarik isi penulisan artikel ini... mari kita kongsi bersama kerana di akhir artikel, ada tertulis "Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah……"... ya... mari kita sebarkan... hehe

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup / telah tiada), Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…"

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah,
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah

haaaa... tu la isi artikelnya... ada lagi sebenarnya... dan penulisan yang seterusnya ini sangat menarik perhatian aku....

"- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya…..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita... Mari kita Cuba . Allahhuakhbar...
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)"

dalam artikel ini juga ada doa untuk ibu bapa... untuk ibu bapa yang masih hidup dan juga untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia...

untuk ibu bapa yang masih hidup...
"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …”

manakala untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia...
“Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman."

jadi... samada ibu bapa kita kita masih hidup atau telah meninggal dunia... marilah kita sama2 berdoa untuk mereka... tak rugi... pahala dapat... restu ibu bapa dapat... rezeki dapat... yang penting redha Allah pun dapat...


aku sayang mereka... Bak (Hj Hussein Ali), arwah Mak (Allahyarhamah Norilah Sulaiman & Mak (Rosini Onn)...

=p

Sunday, June 20, 2010

pe cer >>> sama atau berbeda...

lihat gambar-gambar di bawah...
orang yang sama atau berbeda (*ni bahasa Indon... bahasa Malaysia nya berbeza... ngerti???... haha)





dah????





jawapannya...





orang berbeza la...
haha
yang atas tu Kak Mun... classmate aku...
yang bawah tu Naurah... adik aku... hehe
sekian...




*sebenarnya x tau nak post apa... haha

=p

pe cer >>> aku dah wish... korang???

jam 6.08 minit petang.. hati tak senang... walaupun dah post dalam Cer Am... tapi ku yakin beliau tak baca sebab beliau tak layan internet ni... nak hubungi melalui telefon... kredit ciput je tinggal...

aku segera capai k800i... dail *124#...
"baki 01*79*****:
RM2.23. sah sehingga 09/04/2013"
(*pakej UPax ye... hehe)...

berkata sendiri...
"ni kalau call hp cukup kot... sebab beliau Celcom juga..."
aku tolak punat ke bawah (*punat ke istilahnya???... hehe)... terus ke phonebook... mencari nama...
Bak Sayang...
jumpa...
dan terus call...

tut tut...
tut tut tut...
tut tut tut...

beliau: Hallo..

aku: helo... Assalamualaikum...

beliau: waalaikumsalammmm...

aku: Bak...

beliau: ye

Aku: pe kabo???

beliau: baik... apa cerita???

aku: tengah buat apa??? (*x menjawab soalan ye... hehe)

beliau: makan...

aku: makan pe???

beliau: (*sambil gelak sikit...) macam2 makanan...

aku: oooo...emmmmm... nak wish...

beliau: hah???

aku: emmmmm (*tiba-tiba penyakit gagap datang)

beliau: emmmm????

aku: father's day... nak wish... (ayat tunggang langgang....)

beliau: (*gelak agak besar)... haha... father's day... terima kasih...

Aku: emmmm... selamat lah ye.... (*??????????)

beliau: bacatiap kali lepas sembahyang... cukup la... (*hai... mcm tahu je aku nak ckp hadiah xde...)

aku: (*sambil ikut doa yang beliau baca)... ya... InsyaAllah... sape ada situ???

beliau: mak... nak ckp???

aku: emmm xpe la... credit tinggal sikit...

beliau: (*gelak lagi...) duit ada lagi????

aku: emmmmmmm aaaaaa emmmmmmm

beliau: emmmmmmm aaaaaa emmmmmmm apa??? ada????

aku: ada...

beliau: cukup???

aku: cukup kot...

beliau: betul????

aku: emmmmmm... kang kalau xde Am inform la...

beliau: okay

aku: kem salam mak ek...

beliau: insyaAllah

aku: Assalamualaikum...

beliau: waalaikumsalam....

perbualan kurang 2 minit.... tapi lepas tu rasa sangat lega... sangat lega...kerana aku dah wish secara verbal... baru puas... & bila dengar dia ketawa massa aku wish... aku rasa diri aku sangat2 dihargai(*bukan ke dia ke yang patut rasa begitu???.. hehe)

then barulah aku send mesej wish selamat hari bapa pada abg2 aku, pakcik2 aku, pensyarah2 aku dan semua kaum Adam yang telah bergelar bapa (*yang ada namanya dalam phonebook k800i ku la... yang xde xdapek la den nak wish=p)

Bak... somoga sihat slalu... amiiiiiin


*nak ucap "thanks for everything... Am sayang bak..." tapi tak terucap... kenapa ya???...

sekian.....

pe cer >>> bila baju OBI lebih sopan daripada OI... pe kes???

p/s...
aku bukanlah begitu sempurna untuk menyatakan apa yang salah apa yang betul... cuma sekadar meluah apa yang terdetik di hati... harap maklum...

emmm... biasa lihat logo di atas???

ya... mentor musim ke-4 kembali... huhu... sebenarnya sekarang sudah peringkat separuh akhir... hehe... pesertanya pun semua boleh tahan... berbakat besar (*kalau tak berbakat, takkanlah dapat masuk realti programkan... tp protege Joe Flizzow memang best... hehe)=p... tetapi bukan itu yang inginku kongsikan...

jam 9 malam tadi... aku berkesempatan menonton rancangan ini... tak pernah pun tengok sebenarnya realiti program ni... tapi malam ni rezeki aku agaknya (*rezekikah???=p)

yang aku faham... dari 6 mentor & protege... kini tinggal 4 sahaja... lagi 2 dah tersingkir... no hal la kan... adat program realiti... tapi bukan hal ini juga yang aku ingin ketengahkan...

apa dia???? emmmm baiklah... apa yang ingin aku kongsikan ialah berkaitan salah seorang mentor dalam program realiti ni... tak silap aku... beliau pernah menerima jolokan Beyonce Malaysia... kenapa??? aku pn kurang pasti... mungkin bakatnya setanding Beyonce... atau warna kulit dan rambutnya yang memang macam Beyonce... tu no komen lah...

tapi bukan hal Beyonce yang aku nak cer... yang aku nak cer ialah tentang persembahan mentor tersebut bersama protegenya... tidaklah sehebat mana persembahan mereka... si protege siap terkucil lagi suaranya... tapi bukan hal itu... halnya ialah pakaian si mentor... pada siapa yang tidak menonton... biar aku ceritakan situasi dan keadaannya...(bukan sama je ke situasi dengan keadaan??? hehe)

ok... persembahan tu turut dijayakan oleh 4 orang penggesek biolah wanita... yang aku rasa OBI sebab muka semua amoi-amoi punya (*dah nak jadi nyonya sebenarnya... hehe)... tapi yang menarik perhatian aku ialah pakaian semua penggesek biola yang merupakan OBI LEBIH JAUH SOPANNYA daripada si mentor yang memang sah-sah OI... emmmm... OBI memakai seluar panjang... tp OI pakai skirt atas lutut... selak sikit nampak la *^%#?>*&@... (*ooooooops)

apa yang terdetik di dalam hatiku???..."dunia dah nak betul-betul hampir kiamatkah???"...
......................................
.................
..........................







*OBI... Orang Bukan Islam.
OI... korang rasa apa????

pe cer >>> happy Bapa day's...=)

istimewa buat Hj Hussein Bin Ali...
ya... itu bapa aku yang aku dan adik-beradik lain panggil Bak...
nak cerita????
emmm tak perlu kerana terlalu banyak cerita aku tentang beliau...
sampai aku tak tahu nak mula macam mana...pendekkan cerita...
beliaulah orang yang paling berjasa dalam hidup aku selepas arwah mak yang melahirkan aku...
terima kasih Bak...
itu saja yang mampu aku ungkapkan...
Alhamdulillah... dalam usia beliau yang kini mencecah 73 tahun...
beliau masih sihat walafiat...
dan aku harap dia akan terus begitu agar aku bisa punya waktu untuk mengembirakannya dan membalas segala pengorbanannya walaupun aku tahu aku tak mampu membalas...
Bismillahirrahmanirrahim
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil... amiiiiin...

gambar terbaru beliau...
Selamat Hari Bapa 2010...







*selamat hari bapa juga kepada Abang Matin, Abang Jihan, Abang Man, Abang Iwan & semua bapa2 di Malaysia... tidak lupa buat bakal-bakal bapa sekalian...
=p

*al-Fatihah untuk arwah mak... Al-Fatihah...

Friday, June 18, 2010

pe cer >>> ER... pakarkah aku???


ER...
Emergency maknanya... hehe... ni la cerita favourite aku... dan utk pengetahuan korang... aku membesar dengan cerita ER ni la... aku kan dok Jb... leh dapat channel Singapore... so cerita ni la yang aku tengok selalu dengan akak-akak aku... disebabkan cerita ni la jugak dulu masa sekolah rendah aku bercita-cita untuk jadi doktor... bkn doktor manusia... tp doktor haiwan... hahah... tp apakan daya... aku takut ayam... subjek Sains pun bebal... keh3...

cerita ER ni berkisar tentang petugas dan pesakit di wad kecemasan... dari cerita ketua doktor ke nurse sampailah ke pesakit dan tidak terkecuali kisah cleaner... semua la... dan cerita-cerita mereka merangkumi hal2 kerjaya, keluarga, percintaan... mcm2 konflik yag diketengahkan setiap episod...

apa yang aku suka ER ni ialah pelakon-pelakonnye (*yg dh memang tentu bkn doktor)... natural sgt diorang berlakon... kalau tgh rawat pesakit tu... mcm real doctor la... hehe... dan aku suka bila diorang dapat beritahu penyakit bila pertama kali sentuh pesakit... arahkan ubat apa yang nak diberi... berapa dos... waaaaah... hebat... mmg nampak diorang pakar dalam bidang diorang...

dan ER ni jugaklah yang sering membuatkan aku tertanya-tanya... adakah aku kini sudah pakar dalan kerjaya aku sebagai seorang guru... ye la... kalau dalam ER... bila nurse tanya doktor apa nak buat... si doktor terus bagi arahan... nyatakan tindakan, jenis ubat dan lain2... tapi... adakah aku juga nanti akan begitu??? bila murid, parent or sesiapa sahaja tanya aku mengenai bidang aku ni... aku boleh terus jawab... aku sendiri kurang pasti dengan apa yang boleh aku lakukan bila ke sekolah kelak... haih...

aku tahu... sebaik-baik guru ialah pengalaman... so aku harap bila aku dah bertugas di sekolah nanti... aku akan dapat menimba pengalaman yang dapat aku gunakan bagi menambah kepakaran aku dalam bidang pendidikan... satu bidang yang memang aku x rancang dan aku x sangka untuk menceburinya...

dan melalui cerita ER ni jugak la... aku sedar bahawa dunia berkerja nnt tidak hanya berkaitan kerja kita... ia akan melibatkan keluarga, cinta, masyarakat dan aku tahu pasti ada pelbagai konflik yang bakal hadir... dan konflik-konflik itulah yang dinamakan ujian... dan sebagai hamba yang lemah... aku hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik untukku... insyaAllah...

*dah lama x sign language... hehe... itu kepakaran aku... hehe... kalau korang ada astro... leh la tengok cerita ER ni... kt Hallmark channel... Isnin-Jumaat, 5 - 6 pm...=p

Thursday, June 17, 2010

pe cer >>> 17 Jun 2010... Sweet 18 Naurah Husna

yeah... 17 Jun 2010... Naurah Husna punya birthday yang ke 18 tahun... hai 18 tahun dah adikku ini... mcm x caya je...

itulah hidup kan... cepat sgt berlalu... rasa br semalam je arwah mak balik dr hospital bw baby(*masa tu aku br 5 tahun... aku x tau pon arwah mak mengandung... hehe... sedar2 aku dh ada adik...)... tp yang aku ingat... baru beberapa jam Naurah berada di rumah... aku dh buat keganasan pada dia... haha... aku terbaling (*ter ye... bkn sengaja) sebungkus duit syiling yg agak berat la tepat ke dahi dia... pe lagi... meraung la minah ni... muka bak pulak masa tu tiba2 jadi sangat menakutkan... haha... aku??? cabut lari aaaa... haha

tak banyak kenangan yang aku ingat masa zaman kecik2 dgn Naurah... ye la... dia lahir aku dh 5 tahun... tahun depannya aku dah sekolah tadika... dah seronok dengan kawan-kawan... aku rasa aku ada je kot main2 dgn naurah... tp aku yang x igt... tp yg penting kalau apa2 terjadi kt dia ni... siapla aku kena dgn bak... dia rapat dgn bak... pernah 1 masa tu... kt kampung... raya rasanya... aku, dia & sepupu2 bermain2... biasa la... budak2... main sampai tergolek-golek... then ntah mcm mn dia duduk atas perut aku... aku lak pegang lastik... x sengaja (*ditekankan sekali lagi... xsengaja... hehe) aku tarik getah plastik & terlepas kt muka dia... haha... dia lak nangis terus bgtau bak... haih... bengong... memang kena la aku masa tu... kena tu x kisah sangat... tp depan sepupu2... malu ooo... mcm tu la aku dgn Naurah... kejap baik... kejap gaduh... dah besar-besar ni pon macam tu jugak... sedangkan lidah lagi tergigit kan...
Naurah Husna... x silap aku maksudnye bunga yang baik... seperti mana yang aku bagitau td... Naurah ni rapat dgn bak aku... pe2 sume dgn bak... jarang dgn arwah mak... tp aku rasa mmg sume adik-beradik pompuan aku rapat dgn bak... yg lelaki rapat dgn arwah mak... biasa la kan... arwah mak meninggal masa dia darjah 4... dan dia x mengadap arwah mak... dia kt rumah dgn abg Jihan... arwah mak meninggal dekat hospital... dan sampai sekarang aku x tahu apa perasaan dia masa tu... aku x pernah timbulkan hal ni... aku x pernah tanya apa kenangan dia dgn arwah mak... sbb aku x berani la... emosi wei topik ni... very-very cannot... tp aku rasa dia tabah... dan dia lagi kuat dari aku... malahan aku rasa kalau diukur kematangan... dia jauh lagi matang dari aku... tu aku sedar... (*tu la sbb agaknya ramai igt dia akak aku... aku ni lak yg bongsu.. haha)
suatu masa... ada la pernah Naurah menimbulkan isu yang besar dalam keluarga... biasalah... aku pon pernah menimbulkan isu... sume abang2 & akak2 aku pon ada... nak kata berat isunya... ntah la ek... tp masih boleh diselesaikan... Naurah ni pernah sek kt KL... dia ikut kak Jua... setahun... masa dia form 4... then dia pindah balik JB... ni sume pasal isu tu la... tp Alhamdulillah... semuanya dh selesaikan sekarang...
satu tentang naurah yg aku perasan ialah dia ni hati kering... haha... memang bagus... sebab pernah 1 masa... dia kena marah teruk dengan bak... kalau aku lah.. dah kena marah dengan bak... nak keluar bilik pon takut... berkampung la kat dalam bilik tu... x makan x minum... hehe... tapi dia... pagi kena marah... petangnya boleh ikut bak pergi Giant... siap mintak seluar track suit lagi... haih... memang hati kering...
nama pon anak bongsukan... kalau dah bongsu tu mintak apa pon kebanyakkan nye akan dapat... macam la naurah ni... x la semua yang dia nak dapat... melampau la... tp kalau mintak, bak x bagi... ada abang2 & akak2 nye yg bagi... (*aku pon macam tu jugak... hehe)
sekarang ni Naurah tengah form 6... br je masuk... mintak U x dpt... emmm dia ada dapat politeknik... kesetiausahaan... kt negeri Sembilan... tp family aku x berapa nak bagi... aku pon rasa mcm tu gak... bukan apa... x terjamin la course tu... so dia pon terusla dengan form 6... Naurah ni dia minat berniaga... aku perasan la hal tu... dia ada cakap nak bisness... tp bila tanya nak bisness apa... jawabnya entah... haih... tapi dia pernah bisness kek coklat dengan akak-akak aku... menjadi jugak la... akak aku beli bahan... then dia 7 akak aku sama-sama buat kek... and dia jual kt sekolah... memang lumayan... kadang2 kawan tempat kerja abang Jihan & wife dia pon ada yang tempah.. aku lak... hehe... kan x berapa gemar coklat... so tak la ambil port sangat... lagi pon aku kan dekat kL... kalau kt Jb.. leh la jugak aku tlg2 jualkan...
so... disebabkan minat dia tu... aku ada la cadabg kt dia... amek la course pastry... ke kulinary ke... dia pon mcm ok tp bak nak anak-anak dia ni belajar course yang bila dah habis belajar... ada kerja menunggu... mcm aku la... betul jugak ckp bak... sebab skrg susah sikit... yang masuk U pon ada yang tanam anggur... untuk Naurah ni... bak ada cerita la dengan aku... perancangannya... kalau habis form 6... dia nak Naurah kerja kerajaan... kerani ke... apa2 la... asalkan kerajaan... terjamin sikit... sekurang-kurangnya... kalau ada form 6... gaji taraf STPM... ok la kan... hehe
so tahun depan dia form 6 atas... aku lak dah kerja... insyaAllah... biar aku lak yang tangung dia sek... insyaAllah...
bercinta???... haha... Naurah ni pernah je becinta... aku sempat la kenal dgn sorang BF dia... budak batu pahat... ntah sekarang dh single kot... emmm abang mana yang x nak tengok adik dia bahagia... so terpulanglah... kalau dia dah jumpa orang yang sesuai... yang baik agamanya... baik keturunan & hartanya... yang boleh membimbing dia dunia akhirat... aku sebagai salah seorang dalam senarai wali dia on je... kalau ditakdirkan jodoh dia dulu dari aku pon aku no hal... xde masalah punya...(*tp mmg aku rasa dia kahwin dulu kot... =p)
itulah... serba sedikt cer aku tentang adik aku... emmm tak ada apa2 yang boleh aku cakap lagi... cuma untuk Naurah... belajarlah betul... berilah bak rasa bangga dgn Nau walaupun sekali... tunjukkan kemampuan Nau... jangan tinggal solat... jgn lupa sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak... yang melahirkan kita ke dunia ini... abg Am doakan segalanya yang terbaik utk Naurah... Selamat Hari lahir ke 18... semoga panjang umur, murah rezeki dan berjaya di dunia & akhirat... insyaAllah
hadiah??? maaf... nak makan pon aku xde duit... nak beliakan kau hadiah??? bye!!! hahah

Salam...


*sebak pulak rasa tulis post ni... nape ye.....

Wednesday, June 16, 2010

pe cer >>> pe cer kalian sekarang???

post kali ni...
aku nk cer ttg beberapa anak murid tak rasmi aku yg kini aku sendiri tak tahu apa ceritanya...

ni murid2 SK semenyih... ni la sek pekak pertama aku pegi utk PBS... dan aku nk bercerita ttg Fathi Dalila (*murid perempuan yg duduk sebelah aku)...Fathi ni adik-beradik dia ramai... tp dia sorang yg pekak... sian kan... & bapak dia pon mcm x amek kisah sgt... bayangkanlah... bila bapak dia sendiri x tahu bahasa isyarat... mcm mn la komunikasi dia dgn anaknye yg sorang ni... Fathi ni seorang murid yang baik... xde prob & suka mengalah... aku tau sbb aku ambil dia sebagai kajian kes aku... seminggu aku perhatikan tingkah laku & sosial dia... memang seorang budak yg baik...

aku sempat jumpa dgn bapak dia...
sempatla berbual dgn beliau...
tp aku sedih sgt...
ttg topik yg kami bualkan...
aku dapat simpulkan bapak dia mcm nk lepas tangan...

beliau: kat sekitar KL & Selangor ni mn ada sek pekak yg ada asrama ye...

Aku: (*dgn prihatinnya memberitahu)... ada encik... kt shah alam... skpk Selangor... kt sana ada sediakan asrama..

beliau: oh... ada ye... emmm bagus jugak... hantar Fathi ke sana bagus... sy pon x payah susah2 antar & ambil dia... lgpon kt rumah xde sape nk berbual dgn dia... harapkan mak dgn kakak dia je la...

aku: GULP....

emmm... aku x cakap pape la lepas tu... nk ckp lebih2 aku ni siapa... tp memang cikgu2 kt sek tu pon ckp bapak Fathi mmg mcm tu... haih... last day aku kt sek.. aku ada bg Fathi hadiah... aku bg dia note book... bukan main lebar senyuman dia... dan aku masih igt lg senyuman itu...

Sem seterusnya... aku ke sek lain lak utk PBS... tp ada kawan2 aku yg gi sek semenyih... so aku tanya la ttg Fathi... tp kwn2 aku ckp xde budak nama Fathi...emmm mungkin dh pindah ke skpk selangor kot... kebetulan... x lama selepas itu... kelas aku dijemput untuk jadi sukarelawan hari sukan Skpk selangor... aku x sabar nk ke sek tu sbb nk tngok mcm mn la keadaan Fathi sekarang... tp bila ke sek tu... aku cr Fathi xde... tnya budak2... diorang x tahu... aku tebalkanlah muka tanya cikgu2 nye pulak... mmg xde... xde budak baru nama Fathi Dalila...

tertanya2 aku... ke mana agaknya Fathi... emmm mungkin berpindah ke tempat atau negeri lain... mn la taukan... tp apa pon aku harap dia sejahtera hendaknya... menerima apa yang patut diterimanya... kasih sayang, ilmu pengetahuan dan pengalaman... Fathi... agak2 nye kalau jmpa cikgu, awak kenal lg ke x ek???... emmmm

ni plak murid skpk kg bharu... namanya Imran... baik budaknye... pengawas perpustakaan... selain pekak, Imran ni gak ada kecacatan pd kedua belah kaki... tp masih leh berjalan la...

hari 1st aku dtg sek... Imran ni x dtg sek... hari kedua br la jmpa diaa... aku tanya dia.... kenapa x dtg sek smlm... dgn penuh perassaan dia bercerita menggunakan bahasa isyarat... (*aku alih bahasa la ye...)

"semalam, Isnin, pagi-pagi pergi dengan ayah keluar... sampai pejabat orang ada... ramai... tunggu lama sampai penat... ayah bawa suruh bilik masuk sama-sama... duduk.. ada orang gambar saya..."...

huh... aku mula2 x paham jugak... akhirnya aku dpt tangkap ceritanya... dia x dtg semalam sebab pergi buat IC... bila aku tujuk IC aku... haaa... dia angguk2...

satu sbb yg aku igt Imran sampai skrg ialah pasal cerita dia buat IC... betapa susahnya diorang nk menyampaikan maklumat pd orang normal... sekarang aku rasa Imran dh sek menengah kot... mungkin kt sek vokasional shah alam... atau mungkin di mana sahaja... Imran... semoga berjaya ya...

dan yang ini namanya Ammar.. comel je budaknye... ramah... sek kt SK taman midah... ni sek normal pertama aku pergi utk PBS... Ammar ni baik budaknye... petah berkata-kata... tp dia masuk kelas last sekali...

dia banyak la bertanya... mcm2... smpai x terjawab aku... dia cakap nk jadi askar... siap tunjuk aku cara berkawad lagi... haih... mmg best berbual dgn Ammar ni... ada je ceritanya...

skrg Ammar dh darjah 4 kot... mungkin masih lg kt SK Tmn midah... dia duduk dlm cheras ni gak... tp x pernah lg la terserempak dgn dia... mn x nya... aku pon bkn keluar berjalan sgt... hehe

kalau ditakdirkan jumpa... ntah dia igt aku lg ke x...

itulah... antara murid2 x rasmi aku yg membuatkan aku tertanya2 apa kisah mereka sekarang... pe cer la korang ek... sebenarnya ramai lg... tp x larat la nk cer... korang pon larat ke nk baca???
=p




*belom jd cikgu betul... anak murid ramai dh... klu dh jadi cikgu nnt... x terlayan agaknya... haih... bertugas dgn ikhlas...
=)

pe cer >>> buah ciku... buah cikgu???


haha...
lucah je tajuk post...
=p

buah ciku...
korang tau ke buah ciku???
hehe
mestilah tahu kan...
kalau nk ajar anak2 murid perkataan 2 suku kata dari kategori buah-buahan...
comfirm ciku menjadi pilihan utama...
hehe

hari ni...
aku nk cer pasal ciku ni...
sebenarnya ciku ni favourite aku...
emm pelik kan...
sbb aku tau x ramai yg suka ciku...
x payah gi jauh2 la
dalam family aku
aku sorang je yg layan ciku ni...
bukti???
haha
umah aku kt jb ada sepohon pokok ciku...
hehe
dan xde sape pon yg peduli kn pokok tu melainkan aku...
kalau aku x balik jb...
maka buah2 ciku tu akan busuk la di pokok...
klu x pon jd rezeki burung...



kenapa aku suka ciku???
hehe
sebenarnya rasa ciku ni biasa je...
manis mcm buah...
kalau pahit tu petai...
keh3
yang best nye ciku ni ialah proses nk mkn ciku..
haha
biar aku cer...

ciku ni klu nk tunggu dia masak kt pokok mmg susah la...
sbb burung selalunya akan lebih pantas...
so kita kena peram la dulu dalam beras...
aku rasa korang pon tahu kot...



bayangkan...
aku terbongkok-bongkok dibawah pokok ciku...
memilih buah yg berkualiti... ewaaaaah
petik buah tu (*kadang2 terkena getahnye... haih)
basuh... bersihkan... & peram dalam beras...
paling cepat 2-3 hari...
kadang2 seminggu pon x leh mkn lagi...

hehe...
cabaran tu tau...
bila dh boleh makan...
haaaa
puas beb...
makan buah atas usaha sendiri...
keh3



tu je pon nak crita nya...
tp samada korg sedar atau tak...
kt KL ni ciku mahal...
nak2 yg dh siap potong...
kadang2 1 biji RM2...
hish...
xpatut...

makanlah buah-buahan tempatan
untuk badan yang sihat dan kuat...
waaaah
mcm menteri pertanian la pulak...
keh3
muuuuuuuaaaaah

pe cer >>> Junior ke - 5

1...

2...

3...

4...

5...

5?????
haha... ya ya ya... 5 junior... waaaah sekelip mata je dh ada 5 junior ye... ye la... dh 5 thn belajar... setiap thn ada intake baru... haih... tuanya rasa...

kalau ada intake baru... sudah semestinya ada minggu orientasi... ya minggu orientasi... minggu yang penuh dgn rasa benci dan dendam dlm hati junior2 kepada senior2nya... minggu para senior terpekik-pekik menengking dan sentiasa mencari kesalahan junior... minggu "kemahiran mendengar", "tabik spring", "buang senyum" dan lain-lain lagi...

5 tahun lalu... aku dh rasa orientasi ni... mmg perit... tp alhamdulillah... walaupon seminggu itu rasanya mcm setahun... berjaya gak aku harungi...

aku percaya... kesusahan & kesakitan orientasi junior2 skrg hanyalah 0.01% daripada apa yg aku & rakan2ku alami dulu... kenapa??? sbb junior2 skrg manja... kerjanya mengadukan ibu bapa je... yang ibu bapa nya pulak sibuk2 campur tangan dengan call HEP... tanya "kenapa anak saya kena begini?"... "kenapa anak saya kena begitu???"... yg pihak maktab lak takut nama maktab tercalar... so keluarkan arahan... "tiada dendaan semasa orientasi"... "aktiviti di dewan dan asrama tidak boleh lebih jam 10 malam"... yg bestnya siap ada warden pantau aktiviti malam dalam dewan... haih manja nye korang...

tp dendaan warisan tetap dijalankan... haha... emmm bukannye niat kitorg senior ni nk buli atau balas dendam dgn melakukan perkara yg sama dilakukan oleh senior kitorg dulu... tp orientasi dan semua dendaan yang dijalankan adalah bertujuan mendisiplinkan adik2 junior, melatih kekuatan dan mental dan mengajar mereka berkerja dalam tekanan... sebab bila dh pergi sekolah nanti... bermacam-macam hal yang mungkin berlaku... kalau hal yang baik, Alhamdulillah... tp kalau hal yg x baik???... dan mereka tidak mempunyai kekuaan fizikal dan mental...haaa nnt jadilah mcm kes-kes yang terjadi sekarang... cikgu pukul murid la... cikgu ganas la... cikgu saman guru besar la... hahah... susah kan... kan... kan...
=p

pe pon... kpd adik2 yg akan menjadi warga Institut Perguruan Ilmu Khas... selamat datang dan jgn takut ye... kami di sini mengalu-alukan kehadiran adik2...

1 Malaysia, 1 IPGM Ilmu Khas...
hehe
=p

pe cer >>> Alhamdulillah... syukur nikmat... hari yang berkat...


Alhamdulillah...
Hari semalam penuh dengan rezeki dari Allah...
Hari semalam aku tidak lagi berlapar untuk berjimat...
Hehe

Sejak 3 minggu yg lepas...
Aku makan nasi hanya 3 hari sekali...
Kenapa???
Biasalah... Elaun belom masuk lagi...
Walaupun pedih perut... Tp Alhamdulillah...
Aku masih lg ada biskut & minuman bijirin 3 in 1 untuk mengalas perut...

Tapi hari semalam...
Rezeki dr Allah...
Aku makan tanpa henti...
Hehe (*bayar hutang x makan bape hari ni...)

Hari ni... Asrama institut aku menerima lawatan dr Ins Perguruan Tun Hussein Onn...
Janji nye pukul 10 sampai... Tp atas sebab2 yang x dapt dielakkan... Rombongan tersebut sampai lewat...
So dalam pukul 10.30... Perut mula berlagu...
Kebetulan junior-junior yang bersama aku pon turut sama kelaparaan kerana x sempat bersarapan pagi tadi...
So kitorg pon nak pegi la makan kt cafe...
Langkah kanan...
Seorang lec yg merangkap warden asrama pon nk pegi makan gak...
Alhamdulillah... Dia nak belanja...
Rezeki jangan ditolak...
Hehe...
Membukit jugalah nasi yang aku ambil...
Buuuuurrrrp...
Alhamdulillah...

2 jam selepas itu...
Kira2 jam 12.30...
Aku terima call dr seorang lg lec...
"Mai datang jabatan... Saya ada beli nasi ayam untuk kamu..."
Alhamdulilah...
Walaupun makan nasi sebukit 2 jam yang lepas...
Perutku ini masih boleh diisi...
Hehe...
Makan lagi...
Buuuuuurrrp...
Alhamdulillah...

Rombongan yang ditunggu akhirnya tiba...
Setelah sesi taklimat dan lawatan...
Makan tengah hari (*Walaupun dah pukul 2)...
Hehe
Alhamdulillah...
Buuuuuuurrrp...
=p

Selesai program...
Rombongan pon dah balik...
Pergi ke HEP mengambil barang...
Alhamdulillah...
Pihak rombongan tadi memberi kami kuih bahulu dan air kotak... (*leh wat minum petang kan...)
Buuuuurrrrrp
Alhamdulillah...

Malam nye...
Lec yg tadinya belanja breakfast...
Belanja pizza lak...
Ntah apa angin beliau agaknye...
Makan la aku pizza bersama beliau dan beberapa orang junior...
Dinner besar kami malam tu...
Buuuuuurp...
Alhamdulillah

Hari semalam…
Puratanya 2 jam sekali aku makan…
Setelah 3 hari x menjamah nasi…
Alhamdulillah…
There is a sunshine after the rain…
kan... kan... kan...






*x nak berak leh x??? sbb kalau berak nnt lapar balik… esok lusa bkn comfirm ada orang nk belanja… hehe

Tuesday, June 15, 2010

pe cer >>> nak bela pet... tapi diri sendiri tak terbela...

hahaha...
memang pon... hajat hati nak bela pet... tapi bila pikir2 balik... diri sendiri pon x terbela... nak pulak bela pet... hehehe...

pet...
dalam bahasa Melayunya haiwan peliharaan... ya... diwaktu-waktu sunyi begini terlintas juga difikiran... kalau ada pet... leh gak ajak bermain... jadi tempat berbual & mengadu domba (*gila ke bercakap dengan pet???)... haha

dulu...
aku ada gak bela pet... masa kecik2 aku bela kura-kura... then masuk maktab aku bela hamster (*xde keja kan)... haha... lepas hamster aku bela ikan lak... ikan dok keja mati je... sekarang aku dah tak bela pape dah... hehe

dan sekarang...
aku rasa aku nak membela haiwan semula... tapi x tau nak bela pe...

kucing...aku memang alergic dgn kucing... x sanggup aku untuk bergatal mata & muka lantaran memelihara kucing... haha

hamster...emmm comel... gigit pon x sakit sangat... tp kena rajin bersih & mandikan la... kalau x busuk oooo... aku dh pernah bela dulu... hehe... tp kan sekarang tgh kecoh virus kencing tikus... hamsterkan keluarga tikus... adakah mungkin bervirus juga???... hehe

arnab...pon comel... aku xpernah bela lagi arnab... tp aku takut alergic jugak dengan bulu arnab... sbb bulu arnab kan macam bulu kucing... kan??? kan???

ikan...xkira la ikan emas ke... laga ke... puyu... aku x bape gemar la... sbb xleh pegang... x leh ajak bermain... huuuu... x kan nk celup tangan dalam air or keluarkan ikan dari air kot... mati la...

iguana...haha... aku mmg dah lama mengidam nk bela binatang ni... orang kata x susah bela iguana... makanan pon murah... makan sayur2 & buah-buahan je... walaupon muka ganas tp slow je... hehe... menarik... tp harganya agak mahal la... wat masa ni paling murah aku jmpa RM150... huuuu... baik aku belanja family aku makan seafood... hehe... lgpon tiba2 teringat kes DR Guna, tutor aku dulu yang hampir putus ibu jari kerana digigit iguanan beliau... tp iguana dia dh besar mcm biawak longkang dah... (*sebenarnya DR Guna bela iguana ke biawak longkang????) hehe

ayam... ayam???!!!... (*maaf... tiada gambar... hehe)
ohhhh tidak... aku ialah manusia yang takutkan ayam... (*hoi... jangan gelak aaa... ni fakta tau)... aku takut ayam... ayam idup la... kalau yg dh sembelih tanpa bulu dan kepala mcm kt pasar aku ok je... tp yang dh sembeliah tp masih berbulu... maaf... aku xkan sentuh... haha... nak kata aku ni Alektorophobia (fobia pad ayam)... x jugak sbb aku x de la pengalaman ngeri dgn ayam... setakat kena kejar dgn mak ayam tu biasa la... tp yg aku pasti... masa kecik dulu aku takut tengok muka mak ayam masa mengeram... takut tengok ayam-ayam jantan yang mengepak-ngepak kepaknya sebelum berkokok.. huu meremang bulu roma wei... tp makan ayam aku suka... so kalau aku nk bela ayam... aku bela ayam KFC je la... hehe... (*kelakar lak bila igt hal ni... orang nak bagi makan ayam bunyii "krrrrrrrrr'... panggil ayam tu dtg makan, aku lak kalau bak sruh bagi makan ayam... aku "syuuuuuuuuuh syuuuuuuuuuh"... halau ayam dulu then lari laju2 lepas campak makanan... haha)

emmm... melalut dah ceritanya... sambung balik...

Burung... (*malas nk cari gambar... haha)
aku xpernah lagi bela burung... lecehla... leh terbang... bukak je sangkar mesti terbang... lg pon sebenarnye aku x berani sangat gak dengan brung... sebab burung kan mcm ayam... ada paruh... eiiiii... haha

so how??? nak bela pe ek???

Monday, June 14, 2010

pe cer >>> aku memang suka Laksa...


L.A.K.S.A...
ya...
aku memang suka laksa...
laksa johor...
laksa penang...
laksa serawak...
laksam... *laksa ke tu???
hehe

semua laksa aku suka...
terutamanya laksa johor...
tu mmg sejak dr azali lg...
masa arwah mak aku ada lg...
laksa johor adalah hidangan wajib ketika hari raya...
senang ckp kalau raya xde laksa...
bukan raya la...
kalau orang lain makan ketupat....
aku makan laksa johor...
hehe

dan sesungguhnya...
aku berani menyatakan bahawa...
walau sekenyang mana pon aku...
bila jumpa laksa johor...
aku x akan menolak...
*sebab tu gemok... keh3

laksa johor...
spagheti(*betul ke aku eja???=p) yg dimakan bersama kuah dr ikan yg diblender (*aku x tau apa yg dicampak dlm kuah tu sebenarnye... tp yg pasti ada kerisik...=p)bersama ulam2 dan sambal belacan serta diperahkan limau... kalau nk sedap tambah kicap... dan rahsia untuk menikmati laksa johor dengan lebih nikmat ialah makan dgn menggunakan tangan... ye la... xkan guna kaki kan... ke mkn pakai mulut???... haha... bukanla... maksud aku x guna sudu & garfu... baru kick...

dan sesungguhnya lagi...
berani aku menyatakan lagi bahawa tiada seorang pon insan di dunia ini yg boleh menandingi laksa johor arwah mak... haha... mcm korang la... korang mesti ckp masakan mak korang paling sedap kan... hehe

tp sekarang arwah dh xde... aku tetap dpt makan laksa johor yg boleh tahan sedapnye... haaa yg tu akak ipar aku selalu masak... boleh tahan la rasanye...

hehe... sebenarnye xde motif pon wat post ni... saje je... dikala lapar... teringat lak laksa johor... pe pon Al-Fatihah untuk arwah mak aku... Almarhumah Norilah Binti Sulaiman...

*aku nk cr bini yg pandai buat laksa johor... ada??? hehe

pe cer >>> Air Mata Adam...

ya...
Air Mata Adam...
sebuah novel karya Siti Norbaya... dh lama aku beli novel ni... dan dh berkali-kali aku baca... ceritanya sangat menarik... sangat-sangat menarik...

nak tau ceritanya???
baca la sendiri...
hehe

*masih lagi mencari novel yg aku pernah cerita kan dulu...

Sunday, June 13, 2010

pe cer >>> dulu dan sekarang...

hehehe...
tiba2 terjumpa gambar2 lama
haha
gambar2 kitorg adik beradik...
hehe
tergelak gak tngok gmbar2 ni...
terasa tua lak...
haha
gambar ni rasanya ujung tahun 80an...
naurah belom ada lg ni...
lihat rambutku...
sarang tebuan kan???
haha
*sekarang pon tebuan gak...
=p

ni lak aku rasa ujung 90an...
haha
raya masa ni...
tngok baju dh tau kn...
hehe
masa ni abg matin masih kacak...
abg jihan br nk membesar
kak jua tgh hangat bercinta
kak jia bagai dicelup kicap kulitnya
naurah tgh comel & br nk pandai melaram
aku lak????
tetap kekal ceria...
waaaaaaaah
=p

ni plak masa kak jia kawen...
tahun 2005
haha
masa ni aku baru massuk maktab...
slim lagi...
keh3
abg matin dh membesar...
abg jihan memang dh sedia besar... =p
kak jua & naurah tgh sibuk berdiet...
hehe
*masa ni tren pakai gelang tangan getah...
haha
nmpak di tangaku???
ntah pape je...
=p

dan ini yang terbaru...
9 Jun 2010...
haha
masing2 dah tua...
hehe
abg matin dh 34
bg jihan dh 33
kak jua dh 30
kak jia dh 27
aku dh 23
& naurah dh 18
haih
kejap je rasanye

masing2 dh ada life
masing2 dh ada keluarga
tinggal aku dgn naurah je la
aku pon dh nk abis blaja
naurah pon form 6 skrg...

agaknye mcm mn life aku nnt ek.....
.............
.
.
.
........
.
....
...
................
......
.
.
....
..........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails