Monday, June 21, 2010

pe cer >>> pakej hebat... berdoa untuk ibu bapa ... terbuka pintu rezeki... insyaAllah

Assalamualaikum... Salam 1 Malaysia...=)

ya... semasa aku mencari doa untuk ibu bapa bagi diuploadkan dalam Cer Am... aku terjumpa la artikel ni... tajuknya Doa Untuk Ibu Bapa Sebagai Pembuka Pintu Rezeki... (*nak banyak lagi info dan membaca lain-lain artikel... bolelah ke web tersebut)

menarik isi penulisan artikel ini... mari kita kongsi bersama kerana di akhir artikel, ada tertulis "Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah……"... ya... mari kita sebarkan... hehe

Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup / telah tiada), Nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…"

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
” Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
- Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ….tadah tangan dan Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2 Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. .. . Cuma jangan lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari.
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

InsyaAllah,
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah

haaaa... tu la isi artikelnya... ada lagi sebenarnya... dan penulisan yang seterusnya ini sangat menarik perhatian aku....

"- Rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, IJAZAH dsb nya…..tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita... Mari kita Cuba . Allahhuakhbar...
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)"

dalam artikel ini juga ada doa untuk ibu bapa... untuk ibu bapa yang masih hidup dan juga untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia...

untuk ibu bapa yang masih hidup...
"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. …”

manakala untuk ibu bapa yang telah meninggal dunia...
“Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman."

jadi... samada ibu bapa kita kita masih hidup atau telah meninggal dunia... marilah kita sama2 berdoa untuk mereka... tak rugi... pahala dapat... restu ibu bapa dapat... rezeki dapat... yang penting redha Allah pun dapat...


aku sayang mereka... Bak (Hj Hussein Ali), arwah Mak (Allahyarhamah Norilah Sulaiman & Mak (Rosini Onn)...

=p

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails