Friday, June 18, 2010
pe cer >>> ER... pakarkah aku???
ER...
Emergency maknanya... hehe... ni la cerita favourite aku... dan utk pengetahuan korang... aku membesar dengan cerita ER ni la... aku kan dok Jb... leh dapat channel Singapore... so cerita ni la yang aku tengok selalu dengan akak-akak aku... disebabkan cerita ni la jugak dulu masa sekolah rendah aku bercita-cita untuk jadi doktor... bkn doktor manusia... tp doktor haiwan... hahah... tp apakan daya... aku takut ayam... subjek Sains pun bebal... keh3...
cerita ER ni berkisar tentang petugas dan pesakit di wad kecemasan... dari cerita ketua doktor ke nurse sampailah ke pesakit dan tidak terkecuali kisah cleaner... semua la... dan cerita-cerita mereka merangkumi hal2 kerjaya, keluarga, percintaan... mcm2 konflik yag diketengahkan setiap episod...
apa yang aku suka ER ni ialah pelakon-pelakonnye (*yg dh memang tentu bkn doktor)... natural sgt diorang berlakon... kalau tgh rawat pesakit tu... mcm real doctor la... hehe... dan aku suka bila diorang dapat beritahu penyakit bila pertama kali sentuh pesakit... arahkan ubat apa yang nak diberi... berapa dos... waaaaah... hebat... mmg nampak diorang pakar dalam bidang diorang...
dan ER ni jugaklah yang sering membuatkan aku tertanya-tanya... adakah aku kini sudah pakar dalan kerjaya aku sebagai seorang guru... ye la... kalau dalam ER... bila nurse tanya doktor apa nak buat... si doktor terus bagi arahan... nyatakan tindakan, jenis ubat dan lain2... tapi... adakah aku juga nanti akan begitu??? bila murid, parent or sesiapa sahaja tanya aku mengenai bidang aku ni... aku boleh terus jawab... aku sendiri kurang pasti dengan apa yang boleh aku lakukan bila ke sekolah kelak... haih...
aku tahu... sebaik-baik guru ialah pengalaman... so aku harap bila aku dah bertugas di sekolah nanti... aku akan dapat menimba pengalaman yang dapat aku gunakan bagi menambah kepakaran aku dalam bidang pendidikan... satu bidang yang memang aku x rancang dan aku x sangka untuk menceburinya...
dan melalui cerita ER ni jugak la... aku sedar bahawa dunia berkerja nnt tidak hanya berkaitan kerja kita... ia akan melibatkan keluarga, cinta, masyarakat dan aku tahu pasti ada pelbagai konflik yang bakal hadir... dan konflik-konflik itulah yang dinamakan ujian... dan sebagai hamba yang lemah... aku hanya mampu berdoa agar diberikan yang terbaik untukku... insyaAllah...
*dah lama x sign language... hehe... itu kepakaran aku... hehe... kalau korang ada astro... leh la tengok cerita ER ni... kt Hallmark channel... Isnin-Jumaat, 5 - 6 pm...=p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment